@
PROGRAM LATIHAN & BORANG



DALAM merencanakan agenda pembangunan badminton secara berterusan, kewujudan pusat latihan adalah amat penting bagi sesebuah kelab ke arah mempertahankan kegemilangan sukan badminton yang sedia ada baik di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Berikutan itu, Kelab Badminton Nusa Mahsuri telah mengambil inisiatif mengadakan program latihan asas dan lanjutan kepada golongan remaja menerusi usahasamanya dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sejak beberapa tahun yang lalu.

OBJEKTIF

Program yang dinamakan gPROGRAM PEMBANGUNAN BADMINTON REMAJA NUSA MAHSURI - MBPJh ini antara lain memberi pendedahan dari peringkat awal untuk berlatih bersama pemain-pemain profesional negara  selain memperkukuhkan prestasi pemain kelab dan remaja ke tahap yang membanggakan.

PENGELOLAAN

Program yang dikendalikan jurulatih-jurulatih berpengalaman ini akan dipertanggungjawabkan untuk memberi bimbingan latihan yang akan diketuai oleh barisan panel jurulatih profesional  Kelab Badminton Nusa Mahsuri seperti berikut:-

1.              Dato' Haji Misbun Datof Haji Sidek   -  Ketua Penyelaras


2.              Abd Rahman Datof Haji Sidek

3.              Mohd Jalani Datof Haji Sidek

4.              Salim Samion

5.              Zulfari Abdullah

6.              Doni Zulfikar

PENYERTAAN & YURAN

Bagi memastikan program ini mampu memberi impak besar kepada pembangunan remaja, ia dibahagikan kepada tiga kategori umur:-

a.       Kategori umur bawah 18 tahun

b.      Kategori umur bawah 16 tahun

c.       Kategori umur bawah 12 tahun

Seperti kelazimannya, setiap peserta yang menyertai program ini akan dikenakan bayaran yuran yang berpatutan iaitu sebanyak RM20.00 bagi satu sesi (selama 2 jam) dimana ia dijalankan selama 6 hari seminggu kecuali hari Isnin.
KELENGKAPAN & PERALATAN
Para peserta yang mengikuti program ini harus membawa peralatan sendiri dan kelengkapan sebagai pemain badminton manakala kemudahan gelanggang, jaring, bulutangkis dan lain-lain disediakan oleh penyelaras program.
MODUL LATIHAN

Satu bentuk program latihan yang terancang mencakupi latihan asas dan lanjutan akan dikendalikan oleh  jurulatih-jurulatih berpengalaman dengan pelbagai modul agar apa yang diajar akan diterima baik oleh setiap peserta.

Antara modul yang ditekankan menerusi program ini ialah latihan berbentuk fizikalseperti jogging dan shadow, shuttle drills dan skills work yang boleh dikatakan menjadi rutin harian kepada para peserta yang mengikut program disini.

Jadual latihan

Hari Selasa, Rabu, Jumaat & Sabtu
a) Sesi I   -  mulai jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi
b) Sesi II  -  mulai jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari
c) Sesi III -  mulai jam 3.00 petang hingga 5.00 petang
Hari Khamis & Ahad
a) Sesi I   -  mulai jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi
b) Sesi II  -  mulai jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Hari Isnin              -     Cuti

Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, sila berhubung terus dengan Zulfari Abdullah (017-9322331),  Doni Zulfikar (012-3649554), atau emel Nusa Mahsuri (nusamahsuri_club@yahoo.com)

PUSAT LATIHAN
1, Kompleks Sukan Kelana Jaya
@
Borang Latihan

Borang Latihan
@